Sunday, 21 August 2011

~Raya Bersama Biskut Conflake Madu~

Salam...

Alhamdulillah, Syawal thun ni tibe2 jer ak jdik rajin nk bwat kuih sndri....huhuhuh xpernah blaja...xpernah bwat...gatal2 tgan nk uli2 tepung nk bwat biskut raya..heeee:) dlam kerajinan aku ni..biskut raye wajib jugak tempah..al maklumla entah mnjadi ke x...kali pertama dlam sejarah...ni gara2 busan, sorg2 kt umah, adek2 sek, yg dah keje weekend baru ade...tggl la akak yg sulong ni terkontang kanting kt umah..;) best..seronok jugak..Queen of The House...:p Ratu tido pon bole..hahahhahaha:)


Kali ni ak nk citer psal BISKUT RAYA pertama ak ni haa...



bISKut COnFlake mADu

xsampai sejam pon da ciap...huhuhu...nk resipe..???bole2...

cONFLAke 1


haaa ni la dye hasilnye....COnflake 2


COnfLAKe 3


CONflakE 4


Gambar2 ni semua diambil slpas adunan conflake yg ciap digaul di masukkan kedalm acuan....

Hasilnye slpas dibakar..Jeng..Jeng..Jeng...



Nyum..Nyumi..Nyum...



Rugi x cuba...senang jer...




~REsiPe BIskut ConFLAKe MAdu~

Bahan-bahan:-

*1 Kotak Conflake (nak halus boleh la ramas sedikit)
*1 Cawan Gula 
*250 Gram Butter (kalo xde margerin pon bole)
*3 sudu besar susu pekat..
*5 sudu besar madu
*100 gram badam (dihancurkan)

*Hiasan: coklat rice, manik warna warni (terpulang pada individu)


Cara membuat:-

1. Campurkan butter dan gula, masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter...
2. Masukkan susu pekat dan madu serta gaul hingga sebati
3. Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair, tabur badam dan gaulkan bersama sehingga rata...
4. Masukkan ke dalam acuan dan taburkan manik warna warni (hiasan) dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (sekejap shja)
5. Boleh dihidangkan

Ciap..sgt simple..xsempat raya da abes makan...huhuh...
Cuba Jangan Tak Cuba

sELAMAT menCUBA

Saturday, 13 August 2011

♥Ciri2 Kaum Adam Yang Menjadi Idaman Setiap Kaum Hawa♥


B’KaWaN kErAna RUPA, lama2 b’kedut
juga..b’kaWan kErAnA HARTA, lama2
habis juga..b’kaWaN kErAnA darjat
,xAkAn kemana..
“tapi”….
b’KaWan kErAnA
iKhLaS, kekal
SELAMANYA…!!!!

saye SAYANG kwn2 saye...

Sblom memulakan suatu hubungan...pershabatan e2 akan hadir sblom CINTA e2 lahir dan mulai subur mekar d hati...

Hakikat yg kite smua tahu lelaki suka memandang luaran khususnya kecantikan berbanding perempuan yg mudah tersentuh dengan kebaikan dan perhatian...

Pompuan lak..ade yang mementingkan wang dan wang akan mengaburi pemikiran dan kewarasan wanita itu sendiri……

Da abes memebebel?hehhehehhe ime2..skunk ak nk citer lak psal ciri2 lelaki yg mnjadi idaman setiap wanita...hehehhe...kaum adam pliss ALERT..hehehhehe..

  • Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.
  •  Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”
  •  Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”
  •  Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.
  •  Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.
  •  Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.
  •  Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.
  •  Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.
  •  Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya berjanji kosong mengenai hal tersebut.
  •  Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.

Ape yg dpt ak simpulkan....Lelaki tlah diberi tanggungjawab memimpin wanita ke arah kebaikkan bukan sebaliknya....Wanita dan lelaki… kita spesies yang sama...carilah kebaikan sesama kita, terimalah kelemahan sebagai sifat makhluk Tuhan.. kita sama menumpang di sudut dunia....;)

Doa buat dikongsi bersame....


&

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh"

Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin...


Friday, 12 August 2011

Air Tangan Orang Yang Tak Solat...

Salam smua.....borink2 tggu msk wak2 subuh ni gatal tgan plak nk berceloteh...huhuhu.....

Haaa..topik pg ni sekadar ntuk peringatan dan pengetahuan kwn2 smua ttg AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT.... 



Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. 

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".  Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."


Wallahualam


Thursday, 11 August 2011

~cinta yang dicari^hope^dream~

 "Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah"

Ayat 235, Surah Al-Baqarah:


وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
((Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun))


melihat x semestinye meminati
meminati x semestinye mencintai
mencintai x semestinye memiliki
memiliki x semestinye selamanya..


I am not single....
I am not taken too...
I'm simply on Reserve....
for the one who really deserves to have my heart....


Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman, dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku. Jadikanlah cinta-Mu dan cinta Rasul-Mu sebagai cinta yang menunjangi cinta kami dari awal hingga akhir. Jadikanlah cinta kami ini cinta yang Kau redhai ya Allah. Jadikanlah cinta ini cinta yang menambahkan cinta kami pada-Mu dan Rasul-Mu. Jadikanlah cinta ini sebagai penguat semangat kami untuk berjuang di jalan-Mu. Jadikanlah cinta kami kekal hingga ke syurga-Mu.


Amin 

Kawen??? 

Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".

"Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu dirangkaikan dengan keredhaannya semata-mata"




Wednesday, 10 August 2011

i lUv my sELf

wahhh!! tibe2 je dpt seru nk menulis kt cni...da msuk 2 blan sign up mlm ni gatal tgan plak...ehemm2 kt mane nk mule yer....;) kite mule dgn soklan2 hot..huhuhu hot la sgt kn...;p

Siapakah anda??

;) senyum dlu....mest la pompuan, jeng jeng....haaa ni la aque....mADIHah iMe...toink..toink...;p


ape..? nmpak kurus...krus la sgt kn..berat mest la rahsia terbesar!! hahahha.....i luv my self so much, nothing special bout me jaz nk ckp i like simple, cool stiap mase, sensitif kdang2, romantis didlam tp bkn diluar(mcm mane tuh) heeee..lastly mestla penyayang..ekekkekeke..


~luv pinky~


nasib baek pameran je..kalo x haaa atas jln raye la..hahah


sAYE sUkE seNYUm...;) xde la menawan tp senyum e2 kn sedekah....heee ;) gmbr ni time dinner dkt fakulti...mule2 xnak pg..xde baju...pas2 umi ckp pg la, rugi da byar xpegi...akhirnye aku pegi, thanks umi coz pnjamkn jubah yg kene dengan tema mlm2...arabic nite...heheheh xde la ikot tema sgt..but i like it..;p 



 oppssss....da tembam ckit...heeeeee ni la my latest photo...;) Dlm idup ni mcm2 impian angan2 yg ak xcpai lg..sumenye in planning...waaah da msuk suspen ni.....nk tau le 2...jom kite semak ape mende la c madihah ime ni idamkan tp tak kesampaian lagi.....firstly ak nk pergi haji same2 1 family ( bile la agknye yer) pas2 tak sabar nk abes blaja dgn segulung ijazah (umi ni jnji kakak)..nk keje nk pgang duit sndri...last but not least tak sabar nak kawen..upsss shhhhhhh...

dlm mase terdekat ni korg tau x ape yg ak idamkan slama ni...mcm gile..mcm xmsuk akal...tp ak minat sgt dkt mamat ni....:p 


Farid Kamil, ouchhh....dah2..xyah nk jelez2 ;p...sekadar suke je....ensem macho nye..hahahah.....
skrg da pkol 1 lebey mase ntuk tido...nti xterbangun sahur..kang ade yg pose separuh hari esk..hahaha.. selamat berpose n bersahur kwn2....bubye...salam~